Rabu, 1 Jun 2011

Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda. Alhamdulillah saya rasa bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, saya berjaya menyiapkan tugasan saya dalam subjek Project Proposal ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pengajar saya iaitu Encik Zakhlis Anwar Bin Jalis kerana menerima idea-idea yang saya kemukakan. Ribuan terima kasih juga kepada Encik Faisal, Encik Jefri, dan Cik Siti Mariam serta tidak lupa juga kepada Encik Nahashimi kerana tidak jemu-jemu memberi komen serta memberi idea-idea tambahan untuk melengkapkan idea projek saya yang sedia ada. 

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Semoga sumbangan yang telah mereka berikan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum bang...boleh minta list of material alat penukar tayar ni tak...material apa yg abg pkai

    BalasPadam