Rabu, 1 Jun 2011

Model "Alat Penukar Tayar Motorsikal Manual" yang dapat saya siapkan......

          Dengan terhasilnya projek ini, masalah-masalah proses penukaran tayar motorsikal dapat dikurangkan serta dapat memuaskan hati pelanggan (bagi mekanik).

          Selain itu, ia dapat mengurangkan pembaziran masa dan tenaga peserta-peserta konvoi motorsikal serta menjimatkan kos perbelanjaan penukaran tayar motorsikal dibengkel yang mana boleh dilakukan sendiri bagi orang awam.

          Disamping itu, dengan adanya projek ini, saya harap ia dapat membantu serta mengurangkan masalah dan meningkatkan produktiviti yang sistematik.

Lukisan Terperinci





Lakaran yang Dipilih

 Daripada Pandangan Isometrik
Mata Alat

Lakaran Awal

 Lakaran 1
 Lakaran 2
 Lakaran 3
Lakaran 4

Sasaran


v       Sasaran bagi alat penukar tayar motorsikal manual ini   ditujukan kepada mekanik untuk digunakan di bengkel motorsikal.

v   Selain itu, para peserta konvoi juga boleh menggunakan alat ini untuk memastikan kelancaran perjalanan konvoi.

v   Orang awam juga tidak terkecuali dan alat ini juga boleh menjadi alat kelengkapan sehari-harian.

Keperluan Umum Dalam Merekabentuk Sesuatu Produk


Mengenalpasti masalah
Produk atau alat yang sedia ada kurang mementingkan faktor ergonomik dan tidak praktikal.


Merekabentuk produk
Mengikuti masalah yang dihadapi.


Membina dan menguji produk
Memastikan produk yang dihasilkan berfungsi dengan lancar dan berkesan.



Koleksi Gambar Kerosakan dan Calar Hasil Proses Penukaran Tayar Motorsikal yang Sedia Ada pada Sportrim atau Rim





Gambar-gambar Alat Serta Kaedah Penukaran Tayar Motorsikal yang Sedia Ada

 Kaedah yang biasa digunakan sekarang
Alat yang biasa digunakan sekarang

Ringkasan Projek


          Dikhaskan untuk memudahkan proses penukaran tayar motor . Alat ini dapat menjimatkan masa penukaran (proses membuka dan memasang semula) tayar motorsikal secara manual.
          Produk ini lebih praktikal serta memudahkan kerja-kerja penukaran tayar dan dihujung mata alat (demount bar) diletakkan cutting board plastic.
          Ini juga adalah untuk memastikan kepuasan pelanggan yang datang untuk membaiki motorsikal ke bengkel, contohnya kerosakan tayar motorsikal seperti bocor dan pancit.
          Selain itu, ia juga dapat mengurangkan masalah yang dihadapi ketika proses pembukaan dan pemasangan tayar motorsikal serta rekabentuk ini lebih ergonomik.
Produk ini hanya fokus untuk tayar motorsikal yang bersaiz ,
ü Kelebaran tayar – 60cm  hingga 90cm
ü Ketinggian tayar – 70cm hingga 90cm
ü  Diameter tayar - 16”,17”, dan 18”.

Kajian Awal


Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang timbul dan cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan semaksimum yang mungkin melalui kriteria-kriteria dan analisis mengikut prosedur rekabentuk.

          Antaranya ialah,
Ø  Mengenal pasti masalah yang dihadapi  ketika proses  membuka  dan memasang tayar motorsikal.
Ø            Alatan serta cara dan teknik yang digunakan sekarang tidak ergonomik.

Kepentingan Projek


§ Menjimatkan masa penukaran (proses membuka dan memasang) tayar motorsikal.
§ Produk lebih praktikal serta memudahkan kerja penukaran tayar.
§ Memastikan kepuasan pelanggan yang datang untuk membaiki motorsikal di bengkel motorsikal (bagi mekanik).
§ Mengurangkan masalah yang dihadapi ketika proses pembukaan dan pemasangan tayar motorsikal.

Objektif Kajian


Antara objektif projek ‘Alat Penukar Tayar Motorsikal Manual’ ialah,

v Projek ini direkabentuk untuk meminimumkan kesan calar hasil daripada proses penukaran tayar motorsikal.

v Direkabentuk untuk memudahkan kerja-kerja proses membuka dan memasang semula tayar motorsikal.

v Direkabentuk untuk menambah baik peralatan serta cara penukaran tayar motorsikal yang sedia ada.

v Untuk mengurangkan pembaziran masa dan tenaga daripada proses yang biasa digunakan.

v Untuk mengelakkan tiub daripada bocor (bagi tayar yang menggunakan tiub).

Permasalahan

§ Terdapat banyak calar dan kerosakan pada rim jika membuka dan memasang tayar menggunakan cara biasa.
§ Penggunaan masa yang panjang.
§ Pembaziran tenaga.

Pengenalan


Tayar merupakan komponen yang sangat-sangat penting bagi sesebuah kenderaan, tidak kira kenderaan beroda dua, empat dan banyak lagi.

Semua tayar diperbuat dari material yang sama, iaitu getah, tapi dalam pelbagai komposisi. Ada yang soft compound, medium compound dan hard compound. Begitu juga dengan fungsinya, ada yang untuk kegunaan trek sahaja, trek dan harian, jalan basah sahaja, jalan basah dan kering.

Dewasa ini, kita sering mendengar rungutan-rungutan daripada pemilik-pemilik motorsikal yang mana, terdapat banyak calar dan kerosakan pada rim jika membuka dan memasang tayar menggunakan cara biasa.

Selain itu, penggunaan masa yang panjang untuk membuka dan memasang semula tayar motorsikal juga mendatangkan masalah kepada pemilik motorsikal yang mana mahu mengejar masa serta peserta-peserta konvoi yang mana mahu menamatkan perjalanan mereka tepat pada masanya. Disamping itu, pembaziran tenaga juga perlu diambil kira dalam kerja-kerja penukaran tayar motorsikal. Disamping itu, perkara ini juga akan membazirkan tenaga para peserta konvoi, yang mana memerlukan tenaga untuk meneruskan perjalanan yang terhenti..

Pemilihan Tajuk

Assalamualaikum...saya telah memilih tajuk "Alat Penukar Tayar Motorsikal Manual" dalam subjek Project Proposal ini kerana saya yakin projek ini dapat membantu para mekanik, para peserta konvoi serta orang awam dalam proses penukaran tayar motorsikal atau dalam erti kata yang lain, proses membuka dan memasang semula tayar motorsikal.



Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda. Alhamdulillah saya rasa bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, saya berjaya menyiapkan tugasan saya dalam subjek Project Proposal ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pengajar saya iaitu Encik Zakhlis Anwar Bin Jalis kerana menerima idea-idea yang saya kemukakan. Ribuan terima kasih juga kepada Encik Faisal, Encik Jefri, dan Cik Siti Mariam serta tidak lupa juga kepada Encik Nahashimi kerana tidak jemu-jemu memberi komen serta memberi idea-idea tambahan untuk melengkapkan idea projek saya yang sedia ada. 

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Semoga sumbangan yang telah mereka berikan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T