Rabu, 1 Jun 2011

Pengenalan


Tayar merupakan komponen yang sangat-sangat penting bagi sesebuah kenderaan, tidak kira kenderaan beroda dua, empat dan banyak lagi.

Semua tayar diperbuat dari material yang sama, iaitu getah, tapi dalam pelbagai komposisi. Ada yang soft compound, medium compound dan hard compound. Begitu juga dengan fungsinya, ada yang untuk kegunaan trek sahaja, trek dan harian, jalan basah sahaja, jalan basah dan kering.

Dewasa ini, kita sering mendengar rungutan-rungutan daripada pemilik-pemilik motorsikal yang mana, terdapat banyak calar dan kerosakan pada rim jika membuka dan memasang tayar menggunakan cara biasa.

Selain itu, penggunaan masa yang panjang untuk membuka dan memasang semula tayar motorsikal juga mendatangkan masalah kepada pemilik motorsikal yang mana mahu mengejar masa serta peserta-peserta konvoi yang mana mahu menamatkan perjalanan mereka tepat pada masanya. Disamping itu, pembaziran tenaga juga perlu diambil kira dalam kerja-kerja penukaran tayar motorsikal. Disamping itu, perkara ini juga akan membazirkan tenaga para peserta konvoi, yang mana memerlukan tenaga untuk meneruskan perjalanan yang terhenti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan